Friday, December 26, 2008

PEMBENTUKAN KELUARGA ADIL, STABIL DAN BAHAGIA Pt.5

Kita sambung cerita fasal NAFKAH IDDAH



CAGARAN?




aPABILA ada perintah mahkamah, kita sebenarnya boleh meminta Mahkamah supaya perintah itu dicagarkan bersama harta milik bekas suami. Ini bermakna jika dia tidak mampu atau tidak mahu membayar nafkah, hartanya boleh digunakan untuk membayar nafkah.




Nafkah yang tidak dibayar adalah HUTANG. Jika tidak dapat tuntut sekarang boleh tuntut daripada HARTA PUSAKAnya!




TEMPAT TINGGAL




Surah at Talak ayat 6 - "Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat kediaman kamu dari kekayaan kamu."




Seksyen 71 Akta Keluarga Islam (Wilayan Persekutuan) 1984 - seorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri. Oleh itu, semasa tempoh Idda, suami MESTI sediakan rumah kepada isteri yang diceraikan.




BilA nak TUNTUT ni?




Kes Noor Bee lawan Ahmad Sanusi (1978) menetapkan "hak nafkah iddah jika tidak dijelaskan semasa iddah maka ia menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya. Tetapi jika hak kediaman tidak dituntut maka hak itu akan terluput".


SOALAN DI TERIMA DARIPADA HASNAH:

"Sisters In Islam,

Nama saya Hasnah, saya telah brcerai lima tahun lalu. Mahkamah memberi perintah bekas suami bayar nafkah iddah sebanyak RM300.00 sebulan. Namun hingga kini, satu sen pun dia tak beri? Apa yang saya boleh buat ni?

Terima kasih, Hasnah"

MENGHiNA MAHKAMAH

Seksyen 229 Akta Tatacara Mal (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 - jika sesaorang dengan sengaja atau cuai mematuhi Perintah, Mahkamah boleh mendenda atau menjatuhkan hukuman penjara.

PERMOHONAH PERINTAH PERLAKSANAAN MAHKAMAH

PUAN boleh memohon kepada Mahkamah untuk satu 'perintah pelaksanaan' bagi memastikan bahawa perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah sebelum ini dilaksanakan oleh bekas suami. Dengan kata lain, suami terpaksa bayar hutangnya kepada isteri.

MACAN MANA? DENGAN CARA APA?

1. Perintah penahanan pendapatan
Mahkamah akan memerintahkan majikan untuk menahan pendapatan bekas suami. Ini membolehkan puan mendapat nafkah terus dari pemotongan gaji.


2. Perintah penyitaan dan penjualan
Mahkamah boleh merampas dan menjual harta alih* penghutang penghakiman (bekas suami). Kemudian, hasil jualan harta diberikan kepada isteri sebagai bayaran nafkah.
Contoh harta alih: * rumah, kereta, wang simpanan, syer.

3. Prosiding garnismen
Mahkamah akan menahan 'harta alih' bekas suami yang dimiliki atau dikawal pihak ketiga atau hutang pihak ketiga kepada bekas suami. Hasilnya akan diberikan kepada isteri sebagai bayaran nafkah.

4. Perintah pengkomitan
Mahkamah akan merampas dan menyerah mana-mana barang yang telah diperintahkan supaya diserahkan oleh bekas suami kepada isteri sebagai bayaran nafkah.

ADAKAH ANDA BERPUAS HATI DENGAN INI? MAHU SESUATU YANG LEBIH BAIK?

CADANGAN PEMBAHARUAN AKTA

i) Isteri yang enggan tinggal bersama suami yang nusyuz masih berhak menerima nafkah


ii) Isteri berhak mendapat tempat tinggal yang sama dengan semasa dia berkahwin dahulu dan jika suami tidak dapat sediakan tempat tinggal, suami wajib membayar kos tempat tinggal yang setaraf.

iii) Bekas suami yang sengaja tidak bayar nafkah wajib dipenjarakan. Hakim-hakim tidak perlu tunggu bekas suami membela diri, kerana perbuatan itu jelas menghina Mahkamah dan tidak bertanggungjawab.

ANda MamPU MeNGubAh KeaDAAn!
HubuNGi SisTErs iN IslAM Di
Talian: 03-7785 6121
Fax: 03-7785 8737


Alamat: No.7. Jln 6/10 Petaling Jaya. 46000, Selangor.


Tuesday, December 23, 2008

PEMBENTUKAN KELUARGA ADIL, STABIL DAN BAHAGIA Pt.4






Kita sambung lagi…….

NAFKAH IDDAH
Pemberian Nafkah Iddah diperuntukkan oleh Seksyen 59(1) Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Ini juga adalah selaras dengan ajaran Islam. Nabi Muhammad saw telah bersabda, “Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya’ (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)

(Nafkah on time ok, no delay delay)

BERAPA YANG BOLEH DIMINTA ?



RM 100 sebulan ? Mana Cukup?
(Bila mahkamah lambat, wanita terabai, negara terjejas)


Seksyen 61 Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 – Makamah akan melihat kepada kemampuan bekas suami dan keperluan isteri.





Isteri boleh mencadangkan keperluannya kepada mahkamah, kemudian mahkamah akan mengimbangi kadar nafkah dengan pendapatan bekas suami.



Seksyen 62 Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 – Mahkamah berkuasa untuk memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.



CAGARAN ?Ada urusan sikit nanti kita sambung ok!

Monday, December 22, 2008

PEMBENTUKAN KELUARGA ADIL, STABIL DAN BAHAGIA - Pt.3

PERSOALAN NUSYUZ


MENURUT SEKSYEN 59(2) Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, tertakluk kepada Hukum Syara', seorang isteri tidak berhak mendapat nafkah apabila dia NUSYSUZ.


Perbuatan yang dikatakan Nusyuz adalah apabila isteri enggan tanpa sebab munasabah menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain:


(a) Apabila dia menjauhkan diri dari suaminya

(b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya tanpa persetujuannya, atau

(c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya


Walaubagaimanapun, mahkamah perlu mengesahkan bahawa isteri itu Nusyuz. Suami tidak boleh sesuka hati menuduh isterinya Nusyuz.


TETAPI

Lelaki juga boleh Nusyuz. Ini terdapat dalam Al-Quran surah al-Nisa, ayat 128 yang bermaksud,

'....dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian antara mereka berdua...'

Oleh yang demikian Nusyuz tidaklah bererti isteri derhaka terhadap suaminya semata-mata, sebagaimana yang sering disangkakan.


MAKLUMAT

SYED QUTB, seorang tokoh reformis dalam bukunya 'In the Shade of the Qur'an' mentafsirkan nusyuz sebagai terganggunya kerukunan rumah tangga. Oleh itu kedua-dua suami dan isteri adalah bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga.

BERBEZA dengan Negara Islam yang lain.

Undang-undang Keluarga di Magribi (Moudawana) menyenaraikan 'hak dan kewajiban bersama suami isteri'. Ini termasuklah tanggungjawab suami isteri untuk sama-sama mengurus dan melindungi rumahtangga. Hal yang sama juga ditekankan dalam undang-undang di Tunisia dan Turki.

Sunday, December 21, 2008

PEMBENTUKAN KELUARGA ADIL, STABIL DAN BAHAGIA - PT.2

Saya paparkan dibawah ini salah satu makalah yang diedarkan oleh Sisters in Islam (SIS) semasa symposium untuk renungan bersama.

Ketahui hak anda : Nafkah isteri




SuAmi WAJib BERi NAFKah

Adalah menjadi kewajipan suami untuk meberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud,


“……dan kewajipan ayah memberi makan dan minum kepada para ibu dengan cara yang maaruf…”




Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintah suami untuk membayar nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Seksyen 59(1) Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan kuasa ini.



APA YANG DikATAKan SEBAGAi NAFKah

Nafkah adalah keperluan keluarga untuk menjalani kehidupan seharian. Ini termasuklah:




· Bil elektrik
· Bil air
· Bil telefon
· Yuran persekolahan
· Tambang bas sekolah
· Perbelanjaan harian isteri dan anak-anak
· Wang saku anak-anak dan isteri
· Kelengkapan rumah bagi ahli keluarga




PENTING! – Tanggungjawab suami keatas nafkah isteri dan anak adalah berterusan walaupun isteri bekerja. Suami tidak boleh lepas tangan dengan tidak membayar nafkah.

Friday, December 12, 2008

SIMPOSIUM KEBANGSAAN - "Pembentukan Keluarga Adil, Stabil dan Bahagia" - PART 1

Pada 4hb Disember 2008 - satu Simposium Kebangsaan yang bertajuk "Pembentukan Keluarga Adil, Stabil dan Bahagia' Anjuran Sisters In Islam (SIS) bersama Gabungan Hak Wanita Islam (GAHWI) dan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) telah diadakan di Kuala Lumpur.

Saya telah dijemput oleh YBhg Datuk Zahara Ismail bersama wakil daripada SALWA (Sabah Muslim Women Lawyers Association) dan PEWASA untuk hadir sama di Simposium sehari itu.

Acara dibahagikan kepada 5 Sessi iaitu

Sessi 1 - Suara Wanita Islam : Isu-isu Wanita di Malaysia Masakini oleh Zalina Hassan (Wakil GAHWI)

Sessi 2 - Pelaksanaan Undang-undang Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah di Malaysia

Panelis: Yang Arif Dato' Haji Ismail Yahya, Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Negeri Terengganu

Tuan Mohd. Asri bin Tahir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Tuan Haji Walid bin Hassan, Ketua Unit, Pembangunan Undang-Undang Keluarga Islam dan sistem Kehakiman Syariah, Jabatan Peguam Negara

Sessi 3 - Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia: Perkembangan terkini dan Impak terhadap Wanita

Panelis: Dr Hajjah Nik Noraini Nik Badlisah, Penasihat Undang-undang (SIS) dan Nazreen Nizam, Pegawai Undang-undang (SIS)

Sessi 4 - Membentuk Keluarga Yang Adil, Bahagia dan Mendukung Kesaksamaan dan Kesetaraan

Panelis: Prof. Norani Othman (SIS) Cik Zarizana, (JAG) dan Dr Hamidah Karim (NCWO)

Sessi 5 - Deklarasi: Cadangan Wanita untuk Perubahan Oleh Norazah Hj. Nordin (wakil GAHWI)

Komen: Masaalah yang dihadapi oleh Wanita sebenarnya adalah juga masaalah yang merangkumi seluruh ahli keluarga (termasuk kaum bapa dan anak-anak lelaki dan perempuan) dan seharusnya ditangani bukan sahaja oleh wanita, malah secara bersepadu oleh semua pihak, jika sekiranya kita serious dalam usaha mengwujudkan keluarga yang "Adil, Stabil dan Bahagia".
Dilaporkan oleh: Setiausaha Agung PPS

Multi-media Presentation, Blog n Facebook

Pada 8hb November 2008 satu klinik Multi-Media Presentation 2007, Blog dan Facebook telah dianjurkan oleh NCWO (National Women Council) dengan kerjasama INSAN (Institut Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah) telah diadakan di Wisma MUIS, Sembulan, Kota Kinabalu selaras dengan dasar Kerajaan untuk membangunkan modal insan.

Seramai 26 orang wakil-wakil Persatuan Bukan Kerajaan telah menghadirkan diri yang antara lain mewakili Persatuan-persatuan seperti PEWASA (Datuk Zahara Ismail) Inner Wheel (Datin Ruby Majin), Persatuan Ibu Tunggal (Pn. Zainaba Shukor), dan lain-lain. Saya bersama Pn. Mariayati mewakili PPS.

Dilaporkan oleh: Setiausaha Agung PPS