Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

PPS mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430 kepada Ahli-ahli Persatuan dan Pengikut blog ini.
Semoga Amal Ibadat kita dalam bulan ini lebih bermakna dalam pengertian Perkongsian. Berkongsi dengan mereka yang tidak mampu dan dengan mereka yang lebih memerlukan.
Betapa indahnya dunia ini jika setiap umat lebih perihatin dan memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Perlu juga diingatkan dalam bulan perayaan ini janganlah kita membazir terutama dalam sambutan Hariraya. Jika masih elok dan boleh digunakan guna saja kerana dalam abad yang maju ini kita kena beringat barang bukan makin murah tapi makin mahal.
Oleh itu semoga kita sedar dalam Bulan yang penuh Rahmat ini kita belajar bersederhana dan bersabar setiap amalan yang kita lakukan pasti ada balasannya Insyaalah.

Friday, August 14, 2009

Perasmian Bazar Ramadhan

Perkumpulan Perempuan Sabah dan Persatuan Penjaja Inanam Points akan mengadakan bazar Ramadhan sempanjang bulan puasa yang akan datang tidak lama lagi.


Hari sabtu 15hb Ogos ini akan diadakan Perasmian Bazar Ramadhan dan Hari Kemerdekaan pada jam 2 petang. Perasmian akan di lakukan oleh Presiden Perkumpulan Perempuan Sabah.
Berbagai acara akan diadakan pada hari tersebut diantaranya Tarian Kebudayaan, Persembahan Puisi Kemerdekaan, Pertandingan mewarna dan cabutan tiket bertuah.
Dijemput orangramai dan Ahli-ahli Perkumpulan datang untuk memeriahkan lagi acara hari itu.