Thursday, January 28, 2010

BENGKEL ANGGUN,CANTIK DAN SIHAT


Belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua Ahli PPS dan yang mengikuti Blog PPS ini.

Untuk permulaan tahun ini PPS akan mengadakan Bengkel Anggun, Cantik dan Sihat bertempat di Dewan Toh Puan Rahman Bangunan Seri PPS Sembulan.

Bengkel ini adalah hasil cadangan E-ONE Event dan kerjasama dengan Butik Yasmine Wawasan Plaza dan Neve Sallon Kota Kinabalu.

Untuk Bengkel sehari ini yuran penyertaan hanya rm20.00 untuk Ahli dan untuk bukan Ahli yuran rm35.00 sahaja.

Bengkel ini diadakan pada 31hb Januari 2010 dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.

Bengkel ini untuk memdedahkan wanita kepada pemakaian make-up yang sesuai untuk keadaan zaman moden ini terutama untuk wanita bertudung. Selain dari demo pemakaian tudung yang ringkas dan mudah.

Dalam bengkel ini juga akan di isi dengan acara urutan Minda Aura Wanita terutama untuk wanita zaman ini yang sentiasa sibuk dengan urusan keluarga dan kerja.

Borang untuk Bengkel ini ada di Urusetia PPS Sembulan. Atau boleh hubungi Puan Hjh Mariah Takin 0138682030, Puan Elyna Elyas 0146706743 dan Aida 0168382670 sebelum hari Bengkel.


Dalam tahun ini PPS akan cuba meluaskan lagi kursus-kursus yang sesuai untuk wanita dan sebarang cadangan baru untuk PPS sangat di alu-alukan. Boleh Emailkan cadangan Puan pada Emai kami perkumpulanperempuan@yahoo.com.


Bagi PPS " WANITA ITU IBARAT PERMATA MENGHIASI BUMI KILAUANNYA TIADA TERPERI" kerana itu PPS sentiasa memberi ruang dan peluang untuk Wanita meyerlahkan sinarnya.