MENURUT SEKSYEN 59(2) Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, tertakluk kepada Hukum Syara', seorang isteri tidak berhak mendapat nafkah apabila dia NUSYSUZ.
Perbuatan yang dikatakan Nusyuz adalah apabila isteri enggan tanpa sebab munasabah menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain:
(a) Apabila dia menjauhkan diri dari suaminya
(b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya tanpa persetujuannya, atau
(c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya
Walaubagaimanapun, mahkamah perlu mengesahkan bahawa isteri itu Nusyuz. Suami tidak boleh sesuka hati menuduh isterinya Nusyuz.
'....dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian antara mereka berdua...'
Oleh yang demikian Nusyuz tidaklah bererti isteri derhaka terhadap suaminya semata-mata, sebagaimana yang sering disangkakan.
Undang-undang Keluarga di Magribi (Moudawana) menyenaraikan 'hak dan kewajiban bersama suami isteri'. Ini termasuklah tanggungjawab suami isteri untuk sama-sama mengurus dan melindungi rumahtangga. Hal yang sama juga ditekankan dalam undang-undang di Tunisia dan Turki.
No comments:
Post a Comment