Para pemenang pertandingan Bowling menerima Hadiah
Ahli diberi peluang untuk berniaga
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Mesyuarat tahunan ke 9 telah diadakan pada 25 April yang lalu. Mesyuarat tahun ini membawa kelainan dengan pelancaran blog Perkumpulan Perempuan Sabah dan dalam ucapan Presiden dia meyeru agar wanita zaman ini mendalami dunia multimedia yang dapat memberi kita bukan saja pengetahuan malah juga pengalaman baru yang boleh didapati dengan melayari internet.
Diharapkan dengan adanya laman blog ini memberi peluang untuk para wanita memberi pandangan dan idea baru untuk membaiki lagi kehidupan kaum wanita seluruh Sabah.
Ahli yang berminat berniaga diberi peluang untuk mempamerkan jualan masing-masing dengan penyewaan gerai untuk mereka.
Dihari yang sama juga pemenang perlawanan bowling yang telah dilangsung baru-baru ini diberi hadiah kemenangan mereka.
1 comment:
Salam PPS,
TAHNIAH dengan semua Program yang telah dilaksanakan.
Semoga terus BERJAYA.
Post a Comment