Tuesday, March 31, 2009

PERTANDINGAN BOLING PIALA PRESIDEN PPS


SELMAT HARI LAHIR
PRESIDEN PPS
YB Dato' Hjh. Azizah bt Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Dun



















Sebahagian peserta yang mengambil
bahagian dalam pertandingan PIALA PRESIDEN PPS

Hari Ahad 29 Mac 2009 telah berlangsung Pertandingan Boling Piala Presiden PPS - anjuran Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) di CPS Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu.

Friday, March 20, 2009

PROGRAM MAWADDAH (MASYARAKAT WANITA ANTIDADAH)

Malaysia telah mensasarkan untuk mencapai matlamat bebas dadah pada tahun 2015. Untuk mencapat matlamat tersebut pelbagai strategi telah diadakan termasuklah mendedahkan, mendidik, mengerak dan mengekalkan penyertaan masyarakat sivil dalam usaha memerangi dadah. Oleh itu dengan kerjasama dengan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan PPS akan mengadakan satu program untuk menberi pengetahuan tentang Dadah terutama untuk kaum wanita.

Program ini akan diadakan pada

18hb April 2009
8.00 pagi - 1 petang
- Untuk wanita sahaja

Dengan itu PPS amat mengharapkan para wanita yang ada di luar sana dapat meluangkan masa untuk mendapat pengetahuan dan ilmu untuk membantu Malaysia bebas dadah sebelum tahun 2015.

Objektif Program
1. Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada kaum wanita tentang peranan yang boleh dimainkan oleh mereka dalam memerangi masalah dadah dalam masyarakat.
2. Memberi kemahiran kepada kaum wanita untuk membantu ahli keluarga yang menagih dadah.
3. Membantu kaum wanita membuat pencegahan awal penagihan dadah dengan membuat pendidikan dan bimbingan kepada ahli keluarga mereka.
4. Memberi peluang kepada kaum wanita yang ingin terlibat secara aktif dalam program pencegahan dan rawatan penagihan dadah dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk kaum wanita berinteraksi dan membuat jalinan perhubungan di antara satu sama lain.

Thursday, March 19, 2009

Majlis Maulidur Rasul 1430H

Majlis Maulidur Rasul akan diadakan pada 22hb March 2009 jam 1.30 Petang.
Acara pengisian seperti Selawat, marhaban dan ceramah akan diadakan..
Ahli-ahli PPS dijemput hadir untuk memeriakan Majlis tersebut.

Friday, March 6, 2009

MESYUARAT AGUNG KE 9

Untuk ahli-ahli Perkumpulan Perempuan Sabah akan diadakan:-

Tarikh:-25hb April 2009

Masa:- 8.30 pagi-1 tengahari

Tempat:- Dewan Toh Puan Rahman Bangunan Seri PPS Sembulan

Bagi ahli-ahli yang belum membayar yuran digalakan membayar yuran pada masa ini di Urusetia.
Pihak Urusetia sangat berharap mana-mana ahli yang berada di Beaufort,Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan dapat membuat pengesahan kehadiran sebelum Mesyuarat Agung ini untuk menyenangkan pihak urusetia mengurus Mesyuarat itu nanti.