Friday, January 30, 2009

Ketenangan

Setiap dari kita ni memerlukan tempat yang tenang untuk melepaskan beban tekanan dan melapangkan fikiran kita yang beserabut dengan bermacam-macam benda....

Ini adalah tempat yang sesuai untuk melepaskan segalanya

Mungkin kita dapat menemui tempat yang begini

Tapi bagaimana dengan mereka yang tinggal ditempat yang dipenuhi dengan kekejaman, peperangan, pembunuhan

Jadikan bumi ini tempat yang aman dan setenang tasik ini

HENTIKAN KEGANASAN KIBARKAN KEAMANAN

BERI PELUANG ANAK-ANAK KITA MERASAI KETENANGAN

KITA MAMPU MERUBAHNYA.....

Thursday, January 29, 2009

Latar Belakang & Objektif

Latar Belakang PPS



Perkumpulan Perempuan Sabah yang dahulunya juga dikenali sebagai Women`s Institute (WI) telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Allahyarhamah Toh Puan Hajah Rahmah pada 5hb Jun 1968.

Walaubagaimanapun atas sebab-sebab tertentu PPS telah memilih untuk tidak bergabung dengan WI.



OBJEKTIF

:- Membolehkan Kaum Perempuan dan Anak Gadis, terutama mereka yang tinggal di luar

bandar menghambil bahagian yang cergas dalam pembangunan Ekonomi dan Sosial.

:- Memberi peluang kepada Kaum Perempuan dan Anak Gadis bersatu dan berusaha

bersama-sama dalam menjalankan apa jua usaha yang menuju ke arah kemajuan dan

kebajikan, untuk kebaikan rumahtangga dan kebahagian jiran serta kemakmuran negeri.



Kerana objektif yang begini aktiviti seperti jahitan dan masakan diadakan untuk memberi pelajaran kepada ahli-ahli belajar benda yang boleh membawa keuntungan dan kebaikan kepada diri dan keluarga.

Seperti Memasak ia memberi faedah terutama bagi ibu-ibu untuk mencuba resepi yang baru dan memulakan perniagaan yang bermula dari rumah seperti catering.



Jahitan pulak boleh memberi peluang untuk belajar menjahit manik memandangkan sekarang ni jahitan manik baju kurung mendapat sambutan. Selain untuk jahitan baju sendiri boleh juga menghambil upah jahit baju kawan atau saudara. Selain menjimatkan kos malah boleh menambah pendapatan sendiri lagi.

Selain dari jahitan manik ada juga jahitan kain perca untuk alas meja dan alas tilam. Ini untuk kita mengunakan semula lebih-lebihan kain yang boleh kita dapat dari kedai-kedai jahitan baju.

Alangkah kreatifnya menjadikan barang-barang yang terbuang menjadi benda yang berguna.

PPS telah berusia 41 tahun. Jika manusia usia begini adalah usia matang seseorang dan begitu juga dengan PPS. Perubahan masa tidak menghalang PPS untuk mencapai objektif ini.

Oleh itu PPS mengalu-galukan kemasukan ahli baru yang dapat menyumbangkan tenaga dan Idea untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi.

PPS adalah badan sukarela yang perlukan tenaga, sumbangan idea dan kerjasama untuk memastikan Kaum Perempuan mampu berdikari.

Wednesday, January 28, 2009

PERTANDINGAN MEMASAK EKONOMI SEIMBANG SET JAMUAN UNTUK 4 ORANG

Jawatankuasa Kecil Biro Ekonomi Rumah Tangga akan mengadakan Pertandingan Memasak Makanan Seimbang Ekonomi untuk Set 4 orang

Tarikh-14 Februari 2009
Masa - 11.30 Pagi - 2 Petang
Tempat - Dewan Perkumpulan Perempuan Sabah
Yuran - RM 20.00

Pertandingan dibuka untuk Perseorangan atau Perkumpulan (2 Orang)

:-Masakan yang hendak dihidangkan adalah pilihan sendiri dan dimasak dirumah.
:-Masakan yang dihidangkan hendaklah mengandungi khasiat-khasiat yang diperlukan untuk
kesihatan seperti Protein, Karbohidrat dan yang lain-lain.
:-Set hidangan untuk 4 orang dan keperluan menghidang adalah tanggungjawab peserta sendiri.
:-Masa untuk menyediakan set adalah 1 jam.

Pihak Pengadil akan mengadili Dari Aspek:-
a) Jenis Hidangan = 20%
b) Kandungan Zat = 30%
c) Cara Set Hidangan = 40%
d) Ketepatan Masa = 10%

HADIAH PERTANDINGAN
- Tempat Pertama : Wang Tunai berserta Barangan Dapur
- Tempat Kedua : Wang Tunai berserta Barangan Dapur
- Tempat Ketiga : Wang Tunai beserta Barangan Dapur
- 3 Hadiah Saguhati : Berupa Hamper Barangan
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Pada atau Sebelum 1 Februari 2009

- Borang Penyertaan boleh diambil di Urusetia PPS Sembulan.

-Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi Urusetia 088-272091
Pn Hjh Nor Jamilah Majid - 0198817808
Pn Jumilah Selamat - 0178182001

Monday, January 19, 2009

AKTIVITI BULANAN

Ahli-ahli yang belajar marhaban
Ustazah Hjh Elfi Siregar dan Datin Seri Hjh Salmah dalam kelas Marhaban

Pn Hjh Nor Jamilah menerangkan kepada peserta tentang resepi masakan hari itu.


Inilah resepi Ayam Masak Madu dan Kek Buah






Kelas masakan telah di adakan sabtu lalu bersamaan dengan 17hb Januari sebanyak 2 jenis resepi telah diajar oleh Puan Hjh Nor Jamilah Majid. Resepi Ayam Masak Madu dan Kek Buah.
Sebanyak 15 orang ahli telah meluangkan masa untuk menghadiri kelas ini.
Kelas masakan ini akan diadakan 2x sebulan untuk memberi peluang Ahli-ahli dan sesiapa yang berminat menyertainya.


KELAS JAHITAN


Tarikh: 24hb Januari 2009 (Sabtu)


Masa : 2 Petang




:- Digalakan membawa gunting.benang dan jarum sendiri.


:- Akan di ajar cara menjahit kain perca dan manik


:- Tenaga Pengajar Datin Hjh Norkiah Ismail dan Hjh Rossiah Hj Mohd Idris


Sesiapa yang berminat boleh datang kebangunan Perkumpulan Perempuan Sabah pada masa yang tersebut diatas.



KELAS MARHABAN


:- Di adakan setiap hari Rabu setiap minggu.


:- Masa : 2 Petang


:-Bayaran : Rm 2.00


:-Tenaga Pengajar Ustazah Hjh Elfi Siregar.


:- Buat masa ini kelas mengaji belum dapat diadakan lagi. Namun jika ada ahli dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Datin Seri Hjh Salmah Abd Rahman selaku Pengerusi Biro Agama untuk membolehkan beliau merancang satu kelas lagi.


KELAS TARIAN


:- Di adakan setiap hari Jumaat setiap minggu


:- Masa: 7 Malam


:- Bayaran: Rm3.00 sekali datang belajar menari.


:- Tenaga Pengajar Cikgu Zubaidah Bte Malik dari Komplek Sukan.


:-Kelas ini bertujuan untuk menjadikan tarian salah satu senaman mudah dan senang dilakukan terutama untuk kaum-kaum ibu yang yang perlukan satu senaman yang senang. Tarian juga salah satu cara untuk kita menghilangkan streess......
:-Namun yang paling penting dapat merapatkan hubungan dan mengenali ahli-ahli PPS yang lain.








Tuesday, January 13, 2009

KELAS TARIAN


PPS juga ada kelas tarian yang dikendalikan oleh Biro Kebudayaan. Selalunya tarian yang diajar line dance hingga ke poco-poco ini untuk senaman sahaja.

Setiap hari Jumaat jam 7 malam
Bayaran=RM3.00 sahaja

Kepada wanita yang berminat bolehlah datang kebangunan PPS pada hari dan masa diatas.

Badan Sihat Minda Cergas....

Monday, January 12, 2009

PANTAI TANJUNG ARU - 27 DISEMBER 2008



Ahli-ahli PPS dan keluarga sedang berkelah di Pantai Tanjung Aru.
Enjoynya....... dapat berkumpul bersama dengan keluarga dan kawan-kawan. Setiap hari ditimbuni dengan tanggungjawab dan kesibukan alangkah baiknya jika setiap bulan @ 3bulan sekali buat perkelahan begini.
Boleh buat games yang menbuat kita ketawa terbahak-bahak jangan tidak tahu `KETAWA` adalah terapi yang terbaik untuk `KESIHATAN`....Awet muda lagi.....
Tapi yang paling penting dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Zaman sekarang hubungan kekeluargaan boleh menjadi renggang oleh kesibukan tugas seharian. Jadi apalagi ada masa cuti sekolah kah...Cuti Awam kah....Jom BERKELAH
Jangan tidak tahu SABAH mempunyai pantai yang cantik.....pulau yang indah. Airterjun pun ada banyak pilihan semua terserah dengan kita dimana dan bila....

Saturday, January 10, 2009

KELAS MASAKAN

PERHATIAN!!!
Semua Ahli PPS


Kelas Masakan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 18 Januari 2009 (Sabtu)
Masa: 2.oo petang
Tempat: Bangunan Seri PPS, Sembulan, Kota Kinabalu
Jenis Masakan: Satu Lauk dan Satu Kueh
Yuran: RM10.00

Sesiapa yang ingin menyertai kelas di atas sila hadirkan diri pada tarikh dan masa seperti yang tersebut di atas. Sebarang pertanyaan hubungi PPS.

Selain dari kelas masakan diadakan juga kelas Tarian setiap hari Jumaat jam 7 malam.
Bayaran Rm3.00. Tarian diajar oleh guru yang bertauliah dari Komplek Sukan. Tarian yang diajar dari Poco-poco hingga keline dance yang terkini. Sesiapa yang berminat boleh datang pada hari yang di berikut atau telephone no ini 0168382670 @ 272091.

Majlis Awal Muharram 1430




Assalamuaikum


Majlis Menyambut Awal Muharram diadakakan pada 10hb Januari jam 2 petang dengan tujuan untuk Menghayati Pengertian Tahun Baru Islam dimana majlis ini akan di isi dengan Marhaban dan Takzirah dari penceramah yang dijemput.


Seramai 60 orang Ahli telah mengesahkan kehadiran mereka dan Pihak Biro Sosial dan Kebajikan akan meneruskan majlis ini pada masa-masa mendatang.


Pihak Biro mengucapkan terimakasih kepada para ahli yang sudi datang untuk memeriahkan majlis ini. Diharap pada masa mendatang lebih ramai lagi ahli yang akan menghadirinya.

Thursday, January 8, 2009

HENTIKAN KEKEJAMAN

DUNIA LIHATLAH KEKEJAMAN ZIONIS

BOIKOT ISRAEL DAN SEKUTUNYA



Kanak Palestine di acukan senapang Isreal - Apakah dosa mereka?


Apa perasaan anda jika ini berlaku kepada anak-anak kita?




Tuesday, January 6, 2009

KURSUS MOTIVASI DIRI









YB. Dato' Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Dun. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, sedang menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
PENINGKATAN KAPASITI MODAL INSAN - SATU KURSUS MOTIVASI DIRI dalam rangka usaha membasmi kemiskinan anjuran Majlis Wanita Kerajaan Tempatan Malaysia (MWKTM) telah diadakan pada 28 dan 29 November 2008 bertempat di Membakut, Daerah Beaufort.


Seramai 100 peserta dari semua kaum lelaki dan perempuan telah menghadiri kursus dua hari satu malam itu. YB Dato' Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna telah merasmikan kursus dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta kursus. Antara topik-topik yang dibicarakan ialah:

i. Memahami Hakikat Hidup dan Kewujudan Penyelesaian pada setiap Masaalah
ii. Menggali dan Mengenal Potensi Diri untuk Berjaya
iii. Pengamatan Alam sebagai Sumber Inspirasi
iv. Mengurus Tekanan Hidup, Stress dan Konflik Diri
v. Muhasabah : Penilian Diri
vi. Menjana Minda Cari Peluang
vii. Menggubal Langkah-langkah Susulan Realistik
viii. Taklimat Agensi-agensi seperti :MARA, TEKUN, YUM, AIM, YAPIM, APPLE, Bengkel Membaiki Telefon Bimbit dan Kolej Komuniti.

Sebelum itu satu kursus telah diadakan pada 24 dan 25 Jun 2008 bertempat di Kota Kinabalu dan satu lagi telah diadakan di Tawau.