Thursday, January 29, 2009

Latar Belakang & Objektif

Latar Belakang PPS



Perkumpulan Perempuan Sabah yang dahulunya juga dikenali sebagai Women`s Institute (WI) telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Allahyarhamah Toh Puan Hajah Rahmah pada 5hb Jun 1968.

Walaubagaimanapun atas sebab-sebab tertentu PPS telah memilih untuk tidak bergabung dengan WI.



OBJEKTIF

:- Membolehkan Kaum Perempuan dan Anak Gadis, terutama mereka yang tinggal di luar

bandar menghambil bahagian yang cergas dalam pembangunan Ekonomi dan Sosial.

:- Memberi peluang kepada Kaum Perempuan dan Anak Gadis bersatu dan berusaha

bersama-sama dalam menjalankan apa jua usaha yang menuju ke arah kemajuan dan

kebajikan, untuk kebaikan rumahtangga dan kebahagian jiran serta kemakmuran negeri.



Kerana objektif yang begini aktiviti seperti jahitan dan masakan diadakan untuk memberi pelajaran kepada ahli-ahli belajar benda yang boleh membawa keuntungan dan kebaikan kepada diri dan keluarga.

Seperti Memasak ia memberi faedah terutama bagi ibu-ibu untuk mencuba resepi yang baru dan memulakan perniagaan yang bermula dari rumah seperti catering.



Jahitan pulak boleh memberi peluang untuk belajar menjahit manik memandangkan sekarang ni jahitan manik baju kurung mendapat sambutan. Selain untuk jahitan baju sendiri boleh juga menghambil upah jahit baju kawan atau saudara. Selain menjimatkan kos malah boleh menambah pendapatan sendiri lagi.

Selain dari jahitan manik ada juga jahitan kain perca untuk alas meja dan alas tilam. Ini untuk kita mengunakan semula lebih-lebihan kain yang boleh kita dapat dari kedai-kedai jahitan baju.

Alangkah kreatifnya menjadikan barang-barang yang terbuang menjadi benda yang berguna.

PPS telah berusia 41 tahun. Jika manusia usia begini adalah usia matang seseorang dan begitu juga dengan PPS. Perubahan masa tidak menghalang PPS untuk mencapai objektif ini.

Oleh itu PPS mengalu-galukan kemasukan ahli baru yang dapat menyumbangkan tenaga dan Idea untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi.

PPS adalah badan sukarela yang perlukan tenaga, sumbangan idea dan kerjasama untuk memastikan Kaum Perempuan mampu berdikari.

No comments: