Tuesday, January 6, 2009

KURSUS MOTIVASI DIRI









YB. Dato' Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Dun. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, sedang menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
PENINGKATAN KAPASITI MODAL INSAN - SATU KURSUS MOTIVASI DIRI dalam rangka usaha membasmi kemiskinan anjuran Majlis Wanita Kerajaan Tempatan Malaysia (MWKTM) telah diadakan pada 28 dan 29 November 2008 bertempat di Membakut, Daerah Beaufort.


Seramai 100 peserta dari semua kaum lelaki dan perempuan telah menghadiri kursus dua hari satu malam itu. YB Dato' Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna telah merasmikan kursus dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta kursus. Antara topik-topik yang dibicarakan ialah:

i. Memahami Hakikat Hidup dan Kewujudan Penyelesaian pada setiap Masaalah
ii. Menggali dan Mengenal Potensi Diri untuk Berjaya
iii. Pengamatan Alam sebagai Sumber Inspirasi
iv. Mengurus Tekanan Hidup, Stress dan Konflik Diri
v. Muhasabah : Penilian Diri
vi. Menjana Minda Cari Peluang
vii. Menggubal Langkah-langkah Susulan Realistik
viii. Taklimat Agensi-agensi seperti :MARA, TEKUN, YUM, AIM, YAPIM, APPLE, Bengkel Membaiki Telefon Bimbit dan Kolej Komuniti.

Sebelum itu satu kursus telah diadakan pada 24 dan 25 Jun 2008 bertempat di Kota Kinabalu dan satu lagi telah diadakan di Tawau.







2 comments:

NONG said...

saya pun berminat dgn program2 sosial seperti ini tapi how ah?

PPS said...

Daftar diri di Majlis Daerah Kota Marudu. - Ada borang untuk rakyat miskin tegar (Kalau tiada disana, suruh minta dari DBKK). Kalau ada ramai peserta - untuk program lain pun kita sama-sama boleh laksanakan Insyallah - hubungi PPS. Terima kasih kerana berminat. Sama-sama kita MAJU