Friday, April 24, 2009
Tuesday, April 14, 2009
LAWATAN KE KG. SALIMANDUT

11 April 2009 jam 8.45 pagi Rombongan Perkumpulan Perempuan Sabah(PPS) bertolak ke Kota Marudu menuju ke Kg. Salimandut. Tujuan lawatan ialah berkenalan dan beramah mesra dengan para wanita Kg. Salimandut. Dalam pertemuan itu telah diadakan Ceramah Keusahawanan dan Demonstrasi Masakan Seimbang dan Ceramah Kanser Payudara. PPS juga menyumbangkan pakaian terpakai untuk diagih-agihkan kepada yang memerlukan.
Tuesday, March 31, 2009
PERTANDINGAN BOLING PIALA PRESIDEN PPS
Friday, March 20, 2009
PROGRAM MAWADDAH (MASYARAKAT WANITA ANTIDADAH)
Malaysia telah mensasarkan untuk mencapai matlamat bebas dadah pada tahun 2015. Untuk mencapat matlamat tersebut pelbagai strategi telah diadakan termasuklah mendedahkan, mendidik, mengerak dan mengekalkan penyertaan masyarakat sivil dalam usaha memerangi dadah. Oleh itu dengan kerjasama dengan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan PPS akan mengadakan satu program untuk menberi pengetahuan tentang Dadah terutama untuk kaum wanita.
Program ini akan diadakan pada
18hb April 2009
8.00 pagi - 1 petang
- Untuk wanita sahaja
Dengan itu PPS amat mengharapkan para wanita yang ada di luar sana dapat meluangkan masa untuk mendapat pengetahuan dan ilmu untuk membantu Malaysia bebas dadah sebelum tahun 2015.
Objektif Program
1. Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada kaum wanita tentang peranan yang boleh dimainkan oleh mereka dalam memerangi masalah dadah dalam masyarakat.
2. Memberi kemahiran kepada kaum wanita untuk membantu ahli keluarga yang menagih dadah.
3. Membantu kaum wanita membuat pencegahan awal penagihan dadah dengan membuat pendidikan dan bimbingan kepada ahli keluarga mereka.
4. Memberi peluang kepada kaum wanita yang ingin terlibat secara aktif dalam program pencegahan dan rawatan penagihan dadah dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk kaum wanita berinteraksi dan membuat jalinan perhubungan di antara satu sama lain.

Thursday, March 19, 2009
Majlis Maulidur Rasul 1430H
Majlis Maulidur Rasul akan diadakan pada 22hb March 2009 jam 1.30 Petang.
Acara pengisian seperti Selawat, marhaban dan ceramah akan diadakan..
Ahli-ahli PPS dijemput hadir untuk memeriakan Majlis tersebut.
Acara pengisian seperti Selawat, marhaban dan ceramah akan diadakan..
Ahli-ahli PPS dijemput hadir untuk memeriakan Majlis tersebut.
Friday, March 6, 2009
MESYUARAT AGUNG KE 9
Untuk ahli-ahli Perkumpulan Perempuan Sabah akan diadakan:-
Tarikh:-25hb April 2009
Masa:- 8.30 pagi-1 tengahari
Tempat:- Dewan Toh Puan Rahman Bangunan Seri PPS Sembulan
Bagi ahli-ahli yang belum membayar yuran digalakan membayar yuran pada masa ini di Urusetia.
Pihak Urusetia sangat berharap mana-mana ahli yang berada di Beaufort,Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan dapat membuat pengesahan kehadiran sebelum Mesyuarat Agung ini untuk menyenangkan pihak urusetia mengurus Mesyuarat itu nanti.

Tuesday, February 24, 2009
MARHABAN
22 Feb yang lalu kumpulan Marhaban PPS telah dijemput lagi untuk nyanyian Marhaban di Taman Majukota.
Jika sesiapa yang ingin mengundang Kump Marhaban ini bolehlah menghubungi Urusetia waktu pejabat.
Subscribe to:
Posts (Atom)