Sunday, December 21, 2008

PEMBENTUKAN KELUARGA ADIL, STABIL DAN BAHAGIA - PT.2

Saya paparkan dibawah ini salah satu makalah yang diedarkan oleh Sisters in Islam (SIS) semasa symposium untuk renungan bersama.

Ketahui hak anda : Nafkah isteri




SuAmi WAJib BERi NAFKah

Adalah menjadi kewajipan suami untuk meberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud,


“……dan kewajipan ayah memberi makan dan minum kepada para ibu dengan cara yang maaruf…”




Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintah suami untuk membayar nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Seksyen 59(1) Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan kuasa ini.



APA YANG DikATAKan SEBAGAi NAFKah

Nafkah adalah keperluan keluarga untuk menjalani kehidupan seharian. Ini termasuklah:




· Bil elektrik
· Bil air
· Bil telefon
· Yuran persekolahan
· Tambang bas sekolah
· Perbelanjaan harian isteri dan anak-anak
· Wang saku anak-anak dan isteri
· Kelengkapan rumah bagi ahli keluarga




PENTING! – Tanggungjawab suami keatas nafkah isteri dan anak adalah berterusan walaupun isteri bekerja. Suami tidak boleh lepas tangan dengan tidak membayar nafkah.

No comments: