Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

PPS mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430 kepada Ahli-ahli Persatuan dan Pengikut blog ini.
Semoga Amal Ibadat kita dalam bulan ini lebih bermakna dalam pengertian Perkongsian. Berkongsi dengan mereka yang tidak mampu dan dengan mereka yang lebih memerlukan.
Betapa indahnya dunia ini jika setiap umat lebih perihatin dan memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Perlu juga diingatkan dalam bulan perayaan ini janganlah kita membazir terutama dalam sambutan Hariraya. Jika masih elok dan boleh digunakan guna saja kerana dalam abad yang maju ini kita kena beringat barang bukan makin murah tapi makin mahal.
Oleh itu semoga kita sedar dalam Bulan yang penuh Rahmat ini kita belajar bersederhana dan bersabar setiap amalan yang kita lakukan pasti ada balasannya Insyaalah.

No comments: