Thursday, November 10, 2011

Pesta Nenas di Kg. Takuli


YB Datuk Hjh. Azizah sedang memperhatikan Pn. Hjh. Noorjamilah sedang menyediakan masakan berasaskan nenas.


AHAD 8 November 2011 - Biro Ekonomi Rumah Tangga, Perkumpulan Perempuan Sabah telah mengadakan Demonstrasi Masakan berasaskan Nenas di Kg Takuli, Beaufort.

Kg. Takuli ialah pengeluar nenas secara berkelompok yang menjual hasilnya kepada FAMA secara 'contract farming'. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Hjh. Azizah Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Thursday, October 20, 2011

Mesyuarat Tahunan telah diadakan pada tarikh 29hb Jan 2011.

Untuk Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang Baru

Senarai Ahli Jawatankuasa sessi 2010-2012

PRESIDEN : YB Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun

NAIB : Ybhg Datin Maimun Hj Ag Puteh

BENDAHARI : Ybhg Datuk Hjh Noraini Datuk Seri Panglima Hj Salleh

SETIAUSAHA AGUNG: Hjh Norliah Hj Abd Jalil

TIMB SETIAUSAHA : Pn Mariayati Kastari

AHLI JAWATANKUASA

Datin Hjh Nurisa Abdullah
Datin Hjh Norkiah Hj Ismail
Hjh Rokayah Datuk Seri Panglima Hj Salleh
Hjh Noor Jamilah Majid
Hjh Rosnah Hj Mohd Juni
Hjh Norly Abdullah
Pn Ernie Dahlan
Pn Jumilah Selamat
Pn Annie Lourdes
Pn Saiah Mohd Nooh
Pn Bibi Samsunizah Anver Khan
Cik Siti Harinah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun

JURU AUDIT DALAM
Puan Sofia Laugan
Puan Nuria Gusmit




MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SAMBUTAN HARI RAYA

 Kanak-kanak yang hadir menerima duit Raya

 Tarian Manuk-manuk Lambukun menyerikan Majlis Aidilfitri


PPS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 5 Ogos 2011.  Acara dimulakan dengan Tazkirah oleh Ustaz yang diundang khas daripada JHEANS diikuti dengan Solat Magrib, Isyak dan Tarawih.  Sambutan Hari Raya Idilfitri pula telah diadakan pada 24 September 2011.

Wednesday, October 19, 2011

MESYUARAT TAHUNAN PERWAKILAN PPS 2011

Mesyuarat Tahunan Perwakilan Perkumpulan Perempuan Sabah telah diadakan pada 13 Oktober 2011 pukul 2.30 petang.


Mesyuarat telah dihadiri oleh para Perwakilan daripada Ahli Terus, Cawangan Kota Kinabalu dan Beaufort dan beberapa orang ahli sebagai Pemerhati.  Laporan Setiausaha dan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 telah dibentangkan dan diterima.

Monday, October 3, 2011

LAWATAN KE TAWAU DAN SEMPORNA

Majlis Ramahmesra Bersama PPS Tawau - 30 September 2011


Di King Park Hotel Tawau sedang menunggu kenderaan untuk Majlis Ramamesra dengan ahli-ahli Perkumpulan Perempuan Sabah Cawangan Tawau


Di rumah Naib Ketua Wanita UMNO Semporna - 2 Oktober 2011
aidadilah@yahoo.comDi rumah Ketua Wanita UMNO Semporna - 1 Oktober 2011


Singgah Minum disalah sebuah restoran di Semporna

Seramai sembilan orang AJK Pusat Perkumpulan Perempuan Sabah yang diketuai oleh Setiausaha Agung PPS mengadakan lawatan ke Tawau dan Semporna. Tujuan lawatan ialah untuk merasmikan Cawangan Tawau dan berama-mesra dengan Wanita Semporna.

Wednesday, February 9, 2011

Selamat Tahun Baru 2011.
Semoga Tahun ini membawa Kejayaan,Kebahagian dan Keamanan untuk semua.

Wednesday, May 12, 2010

HARI IBU PPS DENGAN IBU-IBU KG KEBUNI INANAM


Kepada AJK dan Ahli PPS terimakasih kerana meluangkan masa menghadiri Majlis Ini.

Dan berbanyak-banyak terimakasih untuk Kumpulan Wanita Kg Kebuni menerima dan melayan kami dengan mesra.

Datin Maimun Hj Ag Puteh (Timb Pengerusi PPS, Datin Nurisah Abdullah(AJK PPS) Dan
Pn Emalia Rabin( Pengerusi Kumpulan Wanita Kg Kebuni)
Datin Maimun dan Penceramah Dari Balai Polis Karamunsing Chief Inspektor Kumaresan A/L Muniady(CERAMAH KEGANASAN RUMAHTANGGA) dan En Osman Okun Ketua Kg Kebuni Inanam
Demo Masakan seimbang Hjh Norjamilah Majid Ketua Biro Ekonomi Rumahtangga PPS






Memotong kek Hari Ibu







DAN UNTUK IBU-IBU DILUAR SANA
HAPPY MOTHER`S DAY
A Mum is a Rose whose petals are soft
A Mum is A Lily whose sterm is tall and strong
A Mum is A person Is never Wrong
A Mum is A person you should LOVE 4EVER
Trust Her & Believe Her
AND Never Doubt Her
Coz A Mum Love Is 4EVER
Until The End







































































Wednesday, May 5, 2010

PASARIA DAN HARI KELUARGA

Pasaria dan Hari Keluarga PPS akan diadakan pada 27/6/2010 dari jam 8 pagi hinggga 3 petang.
Sewaan gerai ada disediakan dan satu meja@gerai rm 30.00 sewaannya. Dan kupon pasaria juga disediakan oleh pihak penganjur.
Pertanyaan tentang Pasaria ini boleh menghubungi Urusetia Dan Datin Maimun di talian 0198517677.
Ahli-ahli Persatuan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Majlis tersebut.

Yuran PPS

PERHATIAN

Yuran untuk Ahli Perkumpulan Perempuan Sabah untuk Makluman yuran Tahunan PPS adalah seperti Berikut:-
Yuran Masuk rm 3.00 dan Bulanan rm 2.00 sebulan. Dan bayaran penuh adalah RM27.00.
Yuran Bulanan rm 2.00 sebulan. Dan bayaran penuh adalah RM24.00.
Untuk Ahli yang mahu membayar Yuran bolehlah menyelesaikan dipejabat Urusetia sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
Untuk ahli yang sudah biasa dengan bayaran yuran rm 5.00 setahun diharap maklum perkara tersebut dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Setiausaha Hjh Norliah 0168411558 @ Urusetia 088-272091@0168382670.
Perlu diingatkan sesiapa yang belum membayar yuran berturut selama 3 bulan keahlian akan dilucutkan.


Thursday, January 28, 2010

BENGKEL ANGGUN,CANTIK DAN SIHAT


Belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua Ahli PPS dan yang mengikuti Blog PPS ini.

Untuk permulaan tahun ini PPS akan mengadakan Bengkel Anggun, Cantik dan Sihat bertempat di Dewan Toh Puan Rahman Bangunan Seri PPS Sembulan.

Bengkel ini adalah hasil cadangan E-ONE Event dan kerjasama dengan Butik Yasmine Wawasan Plaza dan Neve Sallon Kota Kinabalu.

Untuk Bengkel sehari ini yuran penyertaan hanya rm20.00 untuk Ahli dan untuk bukan Ahli yuran rm35.00 sahaja.

Bengkel ini diadakan pada 31hb Januari 2010 dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.

Bengkel ini untuk memdedahkan wanita kepada pemakaian make-up yang sesuai untuk keadaan zaman moden ini terutama untuk wanita bertudung. Selain dari demo pemakaian tudung yang ringkas dan mudah.

Dalam bengkel ini juga akan di isi dengan acara urutan Minda Aura Wanita terutama untuk wanita zaman ini yang sentiasa sibuk dengan urusan keluarga dan kerja.

Borang untuk Bengkel ini ada di Urusetia PPS Sembulan. Atau boleh hubungi Puan Hjh Mariah Takin 0138682030, Puan Elyna Elyas 0146706743 dan Aida 0168382670 sebelum hari Bengkel.


Dalam tahun ini PPS akan cuba meluaskan lagi kursus-kursus yang sesuai untuk wanita dan sebarang cadangan baru untuk PPS sangat di alu-alukan. Boleh Emailkan cadangan Puan pada Emai kami perkumpulanperempuan@yahoo.com.


Bagi PPS " WANITA ITU IBARAT PERMATA MENGHIASI BUMI KILAUANNYA TIADA TERPERI" kerana itu PPS sentiasa memberi ruang dan peluang untuk Wanita meyerlahkan sinarnya.


Wednesday, October 14, 2009

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI

Majlis Hariraya akan diadakan untuk ahli-ahli PPS pada masa dan waktu tersebut
Tarikh: 17hb Oktber 2009
Masa : 7.30 Malam hingga 10.30 malam

Diharapkan Ahli-ahli PPS dapat meluangkan masa untuk menghadiri Majlis tersebut dan merapatkan hubungan antara ahli.

Friday, September 11, 2009

Email Perkumpulan Perempuan Sabah

Untuk makluman ahli dan yang mengikuti Blog PPS dan ingin menghantar email dengan PPS boleh dihantar di perkumpulanperempuan@yahoo.com
Ini memandangkan email yang lama iaitu ppsabah@streamyx.com tidak dapat lagi digunakan.

MAJLIS BERBUKA PUASA

Perkumpulan Perempuan Sabah akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada tarikh,masa dan tempat seperti dibawah:-)

Tarikh: 13hb Sept 2009 (Ahad)
Masa : 5.00 petang
Tempat: Dewan Toh Puan Rahmah Bangunan Seri PPS Sembulan.

Dijemput Ahli-ahli PPS dan Keluarga datang untuk memeriahkan lagi Majlis ini.
Majlis ini juga diisi dengan Majlis Berkhatam Al Quran Beramai-ramai, diadakan juga sembahyang terawih dan diminta para jemputan membawa telekung untuk sembayang bersama-sama.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

PPS mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430 kepada Ahli-ahli Persatuan dan Pengikut blog ini.
Semoga Amal Ibadat kita dalam bulan ini lebih bermakna dalam pengertian Perkongsian. Berkongsi dengan mereka yang tidak mampu dan dengan mereka yang lebih memerlukan.
Betapa indahnya dunia ini jika setiap umat lebih perihatin dan memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Perlu juga diingatkan dalam bulan perayaan ini janganlah kita membazir terutama dalam sambutan Hariraya. Jika masih elok dan boleh digunakan guna saja kerana dalam abad yang maju ini kita kena beringat barang bukan makin murah tapi makin mahal.
Oleh itu semoga kita sedar dalam Bulan yang penuh Rahmat ini kita belajar bersederhana dan bersabar setiap amalan yang kita lakukan pasti ada balasannya Insyaalah.

Friday, August 14, 2009

Perasmian Bazar Ramadhan

Perkumpulan Perempuan Sabah dan Persatuan Penjaja Inanam Points akan mengadakan bazar Ramadhan sempanjang bulan puasa yang akan datang tidak lama lagi.


Hari sabtu 15hb Ogos ini akan diadakan Perasmian Bazar Ramadhan dan Hari Kemerdekaan pada jam 2 petang. Perasmian akan di lakukan oleh Presiden Perkumpulan Perempuan Sabah.
Berbagai acara akan diadakan pada hari tersebut diantaranya Tarian Kebudayaan, Persembahan Puisi Kemerdekaan, Pertandingan mewarna dan cabutan tiket bertuah.
Dijemput orangramai dan Ahli-ahli Perkumpulan datang untuk memeriahkan lagi acara hari itu.

Wednesday, July 29, 2009



Ini adalah Dewan Perkumpulan Perempuan Sabah Sembulan dewan ini selalu digunakan untuk Majlis Kahwin dan Acara yang kecil-kecilan.
Harga Sewaan Rm600.00 untuk sehari.
Untuk Pertanyaan boleh telepon Urusetia waktu pejabat.










Resepi Chicken Boxing



1kg Chicken Wing
1Bungkus Tepung Jagung
1Bungkus Serbuk Roti
3 biji telor
Sedikit Garam
Minyak Untuk Mengoreng

Cucur Udang /Jagung
1/2 kg Teping Biasa
2 biji bawang Besar
Sedikit Daun Kucai
3 Biji Jagung
1/2 kg Udang Kecil
1 Biji Telor
Sedikit Garam Dan Serbuk Perasa
Minyak untuk Mengoreng

Resepi disediakan oleh Hjh Nor Jamilah Majid Pemilik Restoren Seri Pinang Sabah Port dan Sepanggar.


Monday, June 29, 2009

KELAS MENGAJI

Kelas Mengaji diadakan setiap hari Selasa Jam 1.30 Petang.
Sesiapa yang berminat boleh datang keBangunan Perkumpulan Perempuan Sabah Sembulan
@ Pertanyaan kepada Urusetia 088-272091

Monday, June 15, 2009



Para pemenang pertandingan Bowling menerima Hadiah







Pelajar kelas Marhaban memperdengarkan Nyanyian Marhaban


AJK 2008-2010 bergambar beramai-ramai



Pelancaran Laman Blog PPS

Ahli diberi peluang untuk berniaga


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Mesyuarat tahunan ke 9 telah diadakan pada 25 April yang lalu. Mesyuarat tahun ini membawa kelainan dengan pelancaran blog Perkumpulan Perempuan Sabah dan dalam ucapan Presiden dia meyeru agar wanita zaman ini mendalami dunia multimedia yang dapat memberi kita bukan saja pengetahuan malah juga pengalaman baru yang boleh didapati dengan melayari internet.
Diharapkan dengan adanya laman blog ini memberi peluang untuk para wanita memberi pandangan dan idea baru untuk membaiki lagi kehidupan kaum wanita seluruh Sabah.

Ahli yang berminat berniaga diberi peluang untuk mempamerkan jualan masing-masing dengan penyewaan gerai untuk mereka.

Dihari yang sama juga pemenang perlawanan bowling yang telah dilangsung baru-baru ini diberi hadiah kemenangan mereka.