Wednesday, May 5, 2010

PASARIA DAN HARI KELUARGA

Pasaria dan Hari Keluarga PPS akan diadakan pada 27/6/2010 dari jam 8 pagi hinggga 3 petang.
Sewaan gerai ada disediakan dan satu meja@gerai rm 30.00 sewaannya. Dan kupon pasaria juga disediakan oleh pihak penganjur.
Pertanyaan tentang Pasaria ini boleh menghubungi Urusetia Dan Datin Maimun di talian 0198517677.
Ahli-ahli Persatuan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Majlis tersebut.

Yuran PPS

PERHATIAN

Yuran untuk Ahli Perkumpulan Perempuan Sabah untuk Makluman yuran Tahunan PPS adalah seperti Berikut:-
Yuran Masuk rm 3.00 dan Bulanan rm 2.00 sebulan. Dan bayaran penuh adalah RM27.00.
Yuran Bulanan rm 2.00 sebulan. Dan bayaran penuh adalah RM24.00.
Untuk Ahli yang mahu membayar Yuran bolehlah menyelesaikan dipejabat Urusetia sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
Untuk ahli yang sudah biasa dengan bayaran yuran rm 5.00 setahun diharap maklum perkara tersebut dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Setiausaha Hjh Norliah 0168411558 @ Urusetia 088-272091@0168382670.
Perlu diingatkan sesiapa yang belum membayar yuran berturut selama 3 bulan keahlian akan dilucutkan.


Thursday, January 28, 2010

BENGKEL ANGGUN,CANTIK DAN SIHAT


Belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua Ahli PPS dan yang mengikuti Blog PPS ini.

Untuk permulaan tahun ini PPS akan mengadakan Bengkel Anggun, Cantik dan Sihat bertempat di Dewan Toh Puan Rahman Bangunan Seri PPS Sembulan.

Bengkel ini adalah hasil cadangan E-ONE Event dan kerjasama dengan Butik Yasmine Wawasan Plaza dan Neve Sallon Kota Kinabalu.

Untuk Bengkel sehari ini yuran penyertaan hanya rm20.00 untuk Ahli dan untuk bukan Ahli yuran rm35.00 sahaja.

Bengkel ini diadakan pada 31hb Januari 2010 dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.

Bengkel ini untuk memdedahkan wanita kepada pemakaian make-up yang sesuai untuk keadaan zaman moden ini terutama untuk wanita bertudung. Selain dari demo pemakaian tudung yang ringkas dan mudah.

Dalam bengkel ini juga akan di isi dengan acara urutan Minda Aura Wanita terutama untuk wanita zaman ini yang sentiasa sibuk dengan urusan keluarga dan kerja.

Borang untuk Bengkel ini ada di Urusetia PPS Sembulan. Atau boleh hubungi Puan Hjh Mariah Takin 0138682030, Puan Elyna Elyas 0146706743 dan Aida 0168382670 sebelum hari Bengkel.


Dalam tahun ini PPS akan cuba meluaskan lagi kursus-kursus yang sesuai untuk wanita dan sebarang cadangan baru untuk PPS sangat di alu-alukan. Boleh Emailkan cadangan Puan pada Emai kami perkumpulanperempuan@yahoo.com.


Bagi PPS " WANITA ITU IBARAT PERMATA MENGHIASI BUMI KILAUANNYA TIADA TERPERI" kerana itu PPS sentiasa memberi ruang dan peluang untuk Wanita meyerlahkan sinarnya.


Wednesday, October 14, 2009

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI

Majlis Hariraya akan diadakan untuk ahli-ahli PPS pada masa dan waktu tersebut
Tarikh: 17hb Oktber 2009
Masa : 7.30 Malam hingga 10.30 malam

Diharapkan Ahli-ahli PPS dapat meluangkan masa untuk menghadiri Majlis tersebut dan merapatkan hubungan antara ahli.

Friday, September 11, 2009

Email Perkumpulan Perempuan Sabah

Untuk makluman ahli dan yang mengikuti Blog PPS dan ingin menghantar email dengan PPS boleh dihantar di perkumpulanperempuan@yahoo.com
Ini memandangkan email yang lama iaitu ppsabah@streamyx.com tidak dapat lagi digunakan.

MAJLIS BERBUKA PUASA

Perkumpulan Perempuan Sabah akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada tarikh,masa dan tempat seperti dibawah:-)

Tarikh: 13hb Sept 2009 (Ahad)
Masa : 5.00 petang
Tempat: Dewan Toh Puan Rahmah Bangunan Seri PPS Sembulan.

Dijemput Ahli-ahli PPS dan Keluarga datang untuk memeriahkan lagi Majlis ini.
Majlis ini juga diisi dengan Majlis Berkhatam Al Quran Beramai-ramai, diadakan juga sembahyang terawih dan diminta para jemputan membawa telekung untuk sembayang bersama-sama.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

PPS mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430 kepada Ahli-ahli Persatuan dan Pengikut blog ini.
Semoga Amal Ibadat kita dalam bulan ini lebih bermakna dalam pengertian Perkongsian. Berkongsi dengan mereka yang tidak mampu dan dengan mereka yang lebih memerlukan.
Betapa indahnya dunia ini jika setiap umat lebih perihatin dan memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Perlu juga diingatkan dalam bulan perayaan ini janganlah kita membazir terutama dalam sambutan Hariraya. Jika masih elok dan boleh digunakan guna saja kerana dalam abad yang maju ini kita kena beringat barang bukan makin murah tapi makin mahal.
Oleh itu semoga kita sedar dalam Bulan yang penuh Rahmat ini kita belajar bersederhana dan bersabar setiap amalan yang kita lakukan pasti ada balasannya Insyaalah.