Tuesday, February 24, 2009
MARHABAN
PERTANDINGAN MEMASAK
Sesiapa yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Urusetia PPS waktu pejabat.
Monday, February 2, 2009
450gm mentega/225gm
1 kilo gula pastor/500 gm
8 biji telur/4 biji
1.5 liter susu segar/7.5 ml
800gm tepung naik sendiri/400gm
250gm serbuk koko/125gm
40gm soda bicabornat/20gm
CARA-CARA MEMBUATNYA
-Mentega dan gula dipukul sehingga kembang
-Masukkan telur satu persatu
-Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bicabornat dan masukkan susu segar secara berselangseli sambil adunan dipukul
-Masukkan serbuk koko sehingga sebati
-Bakar adunan dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 hingga 45 minit
TOPING KEK
-Coklat 1 keping
-Butter 25 gm
-Susu segar 1 cawan
:-Bahan ini dimasak mengunakan api kecil hingga cair
-Tuang di atas permukaan kek yang telah masak
-Taburkan coklat rice untuk hiasan
1kg Udang (Buang kulit)
300gm tepung jagung
4 biji telur
2 sudu kecil banking powder
2 sudu kecil bicabonat soda
Minyak untuk mengoreng
1 titik pewarna kuning
Sedikit garam
Cili sos
Salad dan Tomato untuk hiasan (seperti dalam gambar)
CARA-CARA MEMBUATNYA
Telur dan tepung digaul hingga sebati
masukkan sedikit garam, bicabonat dan baking powder gaul
biarkan selama 15 minit baru goreng dengan api yang sederhana hingga masak dan garing
Friday, January 30, 2009
Ketenangan
Setiap dari kita ni memerlukan tempat yang tenang untuk melepaskan beban tekanan dan melapangkan fikiran kita yang beserabut dengan bermacam-macam benda....
Ini adalah tempat yang sesuai untuk melepaskan segalanya
Mungkin kita dapat menemui tempat yang begini
Tapi bagaimana dengan mereka yang tinggal ditempat yang dipenuhi dengan kekejaman, peperangan, pembunuhan
Jadikan bumi ini tempat yang aman dan setenang tasik ini
HENTIKAN KEGANASAN KIBARKAN KEAMANAN
BERI PELUANG ANAK-ANAK KITA MERASAI KETENANGAN
KITA MAMPU MERUBAHNYA.....
Thursday, January 29, 2009
Latar Belakang & Objektif
Perkumpulan Perempuan Sabah yang dahulunya juga dikenali sebagai Women`s Institute (WI) telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Allahyarhamah Toh Puan Hajah Rahmah pada 5hb Jun 1968.
Walaubagaimanapun atas sebab-sebab tertentu PPS telah memilih untuk tidak bergabung dengan WI.
OBJEKTIF
:- Membolehkan Kaum Perempuan dan Anak Gadis, terutama mereka yang tinggal di luar
bandar menghambil bahagian yang cergas dalam pembangunan Ekonomi dan Sosial.
:- Memberi peluang kepada Kaum Perempuan dan Anak Gadis bersatu dan berusaha
bersama-sama dalam menjalankan apa jua usaha yang menuju ke arah kemajuan dan
kebajikan, untuk kebaikan rumahtangga dan kebahagian jiran serta kemakmuran negeri.
Kerana objektif yang begini aktiviti seperti jahitan dan masakan diadakan untuk memberi pelajaran kepada ahli-ahli belajar benda yang boleh membawa keuntungan dan kebaikan kepada diri dan keluarga.
Seperti Memasak ia memberi faedah terutama bagi ibu-ibu untuk mencuba resepi yang baru dan memulakan perniagaan yang bermula dari rumah seperti catering.
Jahitan pulak boleh memberi peluang untuk belajar menjahit manik memandangkan sekarang ni jahitan manik baju kurung mendapat sambutan. Selain untuk jahitan baju sendiri boleh juga menghambil upah jahit baju kawan atau saudara. Selain menjimatkan kos malah boleh menambah pendapatan sendiri lagi.
Selain dari jahitan manik ada juga jahitan kain perca untuk alas meja dan alas tilam. Ini untuk kita mengunakan semula lebih-lebihan kain yang boleh kita dapat dari kedai-kedai jahitan baju.
Alangkah kreatifnya menjadikan barang-barang yang terbuang menjadi benda yang berguna.
PPS telah berusia 41 tahun. Jika manusia usia begini adalah usia matang seseorang dan begitu juga dengan PPS. Perubahan masa tidak menghalang PPS untuk mencapai objektif ini.
Oleh itu PPS mengalu-galukan kemasukan ahli baru yang dapat menyumbangkan tenaga dan Idea untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi.
PPS adalah badan sukarela yang perlukan tenaga, sumbangan idea dan kerjasama untuk memastikan Kaum Perempuan mampu berdikari.
